*Penggunaan kata-kata berdarjat tinggi memberikan kelebihan kepada karangan kerana dapat menarik perhatian pemeriksa dan memberikan gambaran bahawa pelajar mempunyai kata-kata yang luas.
1.Akhirulkalam
~Sebagai penutup/akhir
2.Altruisme
~Sifat atau prinsip suka mengutamakan kebahagiaan atau kebajikan orang lain daripada kebahagiaan atau kebajikan diri sendiri.
3.Apresiasi
~Penghargaan/pengiktirafan
4.Aspirasi
~Cita-cita
5.Belenggu
~Sesuatu yang dianggap seperti mengikat(kebebasan dan lain-lain)
6.Berhempas Pulas
~Bekerja keras(mati-matian),membanting tulang
7.Dangkal
~Tidak faham benar,tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam(tentang sesuatu),pengetahuan yang cetek
8.Darah baru setampuk pinang
~Masih terlalu muda.
9.Deduksinya
~Kesimpulannya
10.Delegasi
~Perwakilan,rombongan yang mewakili sesebuah negara.
11.Dewasa ini
~Pada waktu/ketika ini
12.Diimplementasikan
~Dilaksanakan/Dijalankan/Ditunaikan
13.Diuar-uarkan
~Dihebahkan
14.Dominan
~Berkuasa atau berpengaruh
15.Drastik
~Segera
16.Eksplisit
~(dinyatakan) dengan tepat & jelas, tanpa dikias-kias,tersurat
17.Empirikal
~Berdasarkan pemerhatian atau eksperimen, bkn teori
18.Enteng
~ringan,mudah
19.Evasif
~Sikap mengelak diri daripada sesuatu tanggungjawab,tindakan
20.Filsafat
~Falsafah
21.Ghalibnya
~biasanya,lazimnya
22.Hedonisme
~Mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup
23.Heterogen
~Terdiri daripada berbagai-bagai jenis,pelbagai
24.Ideal
~(dianggap) sempurna atau paling sesuai,sesuai dengan dicita-citakan (diangan-angankan,dikehendaki dan sebagainya),unggul
25.Impak
~Kesan yang ketara
26.Implisit
~(dinyatakan secara) tidak langsung atau tidak terang-terangan,tersirat
27.Impulsif
~Bersifat tergesa-gesa mengikut dorongan hati
28.Indoktrinasi
~Perbuatan menanamkan sesuatu doktrin(fahaman,ajaran)
29.Ironi
~Keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya.
30.Izhar
~Hal menjadikan jelas(nyata,terang)
10 comments:
ilmu itu perlu dikongsi, selagi ilmu itu disampaikan, selagi itu orang yg menyebarkan dpt pahala, kasilah org copy, nk print buat karangan
highlight lepastu tkn Ctrl + c untk copy
thanks, bnyak membantu
Tepapeh entah kau ni. macam bebudak je. nak copy nak print for exam pun susah.!
boekk siakkk..tenkiu ..follow my ig luqmann.el
PUKIMAK MU LA BODOH ANJING SIMCM BINATANG JAK KAW NIE
Thanks a lot :) you really help me for the upcoming spm.
TERIMA KASIH ATAS ILMU YANG TELAH DIKONGSI...
Sangat membantu..terima kasih��
Post a Comment